• Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >

Puding Marble Marvelous

Jenuh saya cari resepi puding yang kawan saya beri masa di tempat kerja lama dulu. Tapi ntah kat mana saya letak. Haih… Kebanyakan resepi yang ada di internet, semuanya gunakan butter. Seingat saya, resepi kawan saya tu memang tak gunakan butter. Oleh kerana tak jumpa resepi tu, maka saya olah & mudahkan resepi yang ada di internet. Mudah2an sedap la kan?

Seperti biasa, keterujaan anak2 akan dapat disaksikan bila mereka tau saya sedang mengusahakan sesuatu di dapur. Hehe…mula la nak menyibuk. Lagi2 kalo main dengan warna. Hmm…memang la diorg suka. Lagi tak sabar nak rasa hasilnya. Alhamdulillah, olahan ini menepati apa yang saya mahukan. Sila la cuba yer! 8)

Bahan-bahan

10 gram agar2 serbuk (boleh juga guna jenis tali)

700 ml air

160 gram gula (kalo guna penyukat metrik : 1/2 cwn + 1 tbsp) – boleh tambah jika suka manis

1 biji telur

1 tin susu cair

1/2 sudu teh perisa vanila

1 tbsp serbuk koko

Pewarna (ikut kesukaan masing2)

 

Cara penyediaan

1. Dalam periuk, masak agar2 & gula hingga agar2 hancur.

2. Dalam mangkuk, pukul telur, kemudian tuang susu cair & esen vanila. Kacau hingga sebati.

3. Tuang adunan telur & susu ke dalam periuk agar2 tadi. Tunggu adunan mendidih & boleh tutup api.

4. Tapis adunan tersebut & bahagikan kepada 3 bahagian.

5. Bancuh serbuk koko dengan sedikit air & campurkan ke dalam 1 bahagian. Kacau sebati.

6. Warnakan 2 bahagian lagi dengan pewarna kesukaan.

7. Sediakan loyang. Tuangkan adunan tadi secara berselang-seli hingga habis.

8. Masukkan dalam peti sejuk & setelah keras, bolehlah disantap.

Sengetkan sedikit loyang ketika menuang adunan untuk dapatkan corak pelangi yang menarik. ;-)

Puding Karamel Gula Hangus

Oleh kerana saya dah balik ke rumah parents sementara tunggu hari bersalin, jadinyer…resepi2 sepanjang berada di sini adalah yang disediakan oleh emak saya. Saya tolong amek & upload gambo jer. Untuk kali ni, saya tingin makan puding karamel. Nanti pantang, tak berani plak saya nak makan sebab resepi ni guna telur. Takut gatal plak kan? Boleh semak bahan2 yer. Mudah jer nak buat ni…

Bahan-bahan

Gula hangus :

1 cawan gula pasir

 

Puding :

5 biji telur

1 tin susu cair

1 sudu teh esen vanila

3 sudu gula

 

Cara penyediaan

Gula hangus :

1. Tuangkan gula ke dalam periuk & masak atas api kecil. Tunggu hingga gula hangus. Sesekali kacau la yer.

2. Setelah gula cair, tuang ke dalam loyang & ketepikan supaya sejuk.

 

Puding :

1. Pukul telur dalam mangkuk pengadun hingga kembang.

2. Kemudian masukkan kesemua bahan puding dalam mangkuk pengadun & pukul sebati.

3. Tuang adunan puding ke dalam loyang berisi air gula hangus tadi.

4. Kukus dalam periuk kukus selama 30 minit dengan api sederhana. Setelah itu sejukkan dalam peti sejuk.

5. Setelah sejuk, bolehlah dinikmati.

Enak dimakan ketika berbuka puasa. ;-)

  • Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >