• Page 2 of 2
  • <
  • 1
  • 2

Air Ribena Laici

Hubby dah lama cadangkan untuk masukkan juga resepi air & jus dalam blog ni. Dan saya pun dapat idea untuk buat air ni. Sebabnya aritu gi pasar malam beli buah laici sampai 2kg. Tapi yang makan saya sorang jer. Jadi, saya cari satu cara untuk anak2 saya juga makan laici tu. Nak minta tolong bagi abis sebenarnyer. Heheh…Almaklumlah buah laici bukannyer manis sangat. Ada masam2 sket. Sebab tu anak2 x nak makan. Kebetulan ada kordial Ribena kat umah. So, saya tampilkan resepi air pertama yang saya masukkan dalam blog ni. Hasilnya, anak2 berebut2 makan buah laici tersebut. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

3 sudu kordial Ribena

3 biji buah laici (boleh juga guna laici dalam tin)

Air

Kiub ais

 

Cara penyediaan

1. Tuangkan kordial dalam gelas & kemudian tuangkan air masak. Jangan terlalu penuh.

2. Masukkan kiub ais & seterusnya buah laici.

3. Boleh dihidang untuk makan tengahari & bila2 masa yang disukai.

Boleh letak sedikit air gula jika mahu rasa yang sedikit manis. ;-)

  • Page 2 of 2
  • <
  • 1
  • 2