Kuah Lontong @ Lodeh II

Dek kerana begitu byk bhn mentah dlm peti sejuk, dan salah satunya tempe, maka saya decided utk masak lontong hari ni. So malam tadi saya dah sediakan ketupat. Ala…pakai ketupat segera jew. Tak kuasa la nak menghimpit nasi bagai dengan anak2 yg masih kecik ni kan. Tak menang tangan la saya.

Resepi kali ini memang tak banyak beza dgn yg pernah saya buat dulu. Kali ni saya guna santan kotak & saya gantikan cili kering kisar dengan cili padi. Tu jew. Senang, kan? Yelah, dulu hubby komen. Kuah lontong tu nampak mcm kuah kari katanya. Sbb saya pakai cili kering. Dia bayangkan saya buat kuah ala2 masak lemak nogori. Hmm, kali ni saya ikut kehendak dia. Saya guna cili padi plak. Dia puji wo! Hubby kata bleh masak utk raya! Huhu…

Saya suka letak banyak tempe. Mebeles!!

Nyum nyum...sedap jugak sesekali buat...

Bahan-bahan

2 batang serai (dititik)

8 biji cili padi (diketuk)

3 keping tempe (dipotong & digoreng sebentar)

2 biji kentang (dipotong dadu & direbus hingga separa empuk)

10 tangkai kacang buncis

3 inci carrot

1/4 biji kubis

1 kotak santan segera

Garam

Air

Minyak masak

 

Bahan kisar/tumbuk :

2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

2 inci kunyit hidup

1 jemput ikan bilis

1 jemput udang kering

 

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga garing & naik bau.

2. Masukkan air & santan. Kacau.

3. Masukkan pula cili padi. Masukkan sedikit dahulu, kalau nak pedas, tambah lagi.

4. Kemudian masukkan carrot & buncis. Setelah sayuran tadi separa masak, masukkan kubis, tempe & kentang. Kacau lagi.

5. Masukkan lagi air ikut kesukaan & kesesuaian. Kacau lagi hingga mendidih.

6. Perisakan dengan garam & bolehlah dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat segera.

Enak juga dimakan bersama sambal tumis sotong atau bilis. ;-)

Kuah Lontong @ Lodeh

Saya tak ingat caner bleh ada keinginan nak buat lontong ni. Tapi saya sediakan menu ni pada hari Jumaat lepas sebab mak abah & adik beradik saya berkumpul untuk satu acara bersejarah. Saya fikir, menu ni sesuai disajikan jika ada ramai orang di rumah. Bahan2 saya simple ajer, jadi cubalah yer.

Kuah lontong @ lodeh

Nasi impit @ ketupat segera

Dihidang bersama paru sambal, telur mata kerbau & sambal kelapa.

 

Bahan-bahan

3 batang serai (dititik)

2 keping tempe (dipotong & digoreng sebentar)

4 biji kentang (dipotong dadu & direbus sehingga separa empuk)

1/4 biji kubis

1 biji carrot

10 tangkai kacang buncis

2 biji santan pekat

Air

Garam

Minyak masak

 

Bahan kisar :

10 tangkai cili kering

3 sudu udang kering

3 sudu ikan bilis

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 cm halia

2 inci kunyit hidup

1 cm belacan

 

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga garing & naik bau.

2. Masukkan air & sedikit santan pekat. Kacau.

3. Masukkan carrot & buncis. Setelah sayuran tadi separa masak, masukkan tempe & kentang. Kacau lagi.

4. Masukkan santan pekat & kubis. Kacau lagi hingga mendidih.

5. Perisakan dengan garam & bolehlah dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat segera.

Lebih sedap jika dihidangkan juga bersama paru sambal & telur mata kerbau. ;-)