Kubis & Carrot Goreng Kicap

Ni menu paling simple yang saya selalu masak. Penah jugak masa ngandung anak ke-3, saya jadi tak lalu benor makan kubis. Masa tu saya tak explore sangat lagi dunia masak-masak ni. Jadinyer, balik2 kubis, balik2 kubis. Masak pun ngam2 untuk hubby & anak2 makan jer. Mujur la hubby jenis tak kisah sangat. Dia pun balun jer la kot apa yang saya sediakan. Huhu…

Bahan-bahan

1/4 biji kubis (potong ikut citarasa)

2 inci carrot (dihiris bulat2)

1 biji bawang merah (dihiris)

1 ulas bawang putih (dihiris)

1 sudu teh sos tiram

1 sudu kicap manis

Garam

Air

2 sudu minyak masak

 

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau.

2. Masukkan carrot, goreng hingga sedikit layu.

3. Masukkan pula kubis, goreng lagi.

4. Masukkan sos tiram, kicap & garam secukup rasa.

5. Goreng lagi & kemudian boleh dihidang.

Boleh jadikan ikan bilis sebagai rencah tambahan. ;-)

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.