Kuih Seri Muka

Alhamdulillah, tertunai jugak keinginan nak buat kuih seri muka ni. Untuk 1st timer mcm saya, apa yang terhasil hari ni kira not bad la kan. Hubby pun kata boleh tahan. Anak2 pun mengulang jer makan. Kuih seri muka saya ni tak lemak sangat sebab saya tak guna santan untuk pulutnya. Bahagian kepalanya pula saya cuma guna esen pandan & pewarna saja. Hehe…mudah kan? =D

Untuk dapatkan potongan yang kemas, kena tunggu kuih ni betul2 sejuk, barulah dipotong. Tapi sebab saya ni kurang sabar dan nak makan cepat, alamatnyer kurang kemas la potongannya kannn…. Nasib la… tak kisah la tu. Yang penting rasanya. Hehe…

Bahan-bahan

Lapisan Pulut :

1 cawan beras pulut (saya rendam 2 jam)

1 cawan air (kurangkan 3 sudu air)

1/2 sudu teh garam   

2 sudu minyak

 

Lapisan Kepala :

2 cawan santan pekat

1 cawan air

1 biji telur

1/2 cawan gula

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh esen pandan

Pewarna hijau


 

Cara penyediaan

1. Sediakan periuk kukus & balut penutupnya. Toskan beras pulut yang telah direndam.

2. Masukkan kesemua bahan untuk lapisan pulut ke dalam loyang & kukus selama 20-25 minit.

3. Sambil itu sediakan adunan untuk bahagian kepala.

4. Campurkan kesemua bahan, tapiskan & masak sebentar di atas api sederhana kecil hingga pekat sedikit.

5. Sementara itu, setelah pulut cukup masak, mampatkan dalam loyang tadi.

6. Kemudian tuang adunan kepala ke atas pulut yang telah dimampatkan.

7. Kukus selama 30-45 minit.

8. Keluarkan dari pengukus & sejukkan.

9. Setelah kuih betul2 sejuk, barulah dipotong & sedia untuk dinikmati.

Untuk pulut yang lemak, gantikan air dengan santan cair. 8)

 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.