Nasi Tomato Mudah Tapi Sedap

Hari ni saya rasa nak buat nasi tomato. Walaupun takde tomato kat umah, tapi ada sos tomato. Kira ok la kot. Ada ayam, jadi saya kawankan dengan ayam masak merah. Dah sarat ni, takde la beriya sangat masaknya. Apa yang ada jer la. Hubby yang balik keje memang lapar apalagi, berpinggan2 nasi dia sental. Siap nak bawak bekal sok gi opis. Alhamdulillah, gembira bila masakan kita digemari suami sendiri. Boleh cuba resepi ni yer.

Nasi tomato saya...

Tabur sket dengan bawang goreng kasi terangkat...

Dihidang bersama pajeri nenas & ayam masak merah.

Bahan-bahan

4 kepul beras

1 cawan susu segar

6 sudu sos tomato

1 sudu teh garam

Air

 

Bahan tumis :

4 sudu mentega

4 cm kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

4 ulas bawang putih (dihiris)

1 biji bawang merah (dihiris)

 

Cara penyediaan

1. Basuh & bilas beras macam nak masak nasi biasa. Saya masak dalam rice cooker.

2. Tuangkan susu & tuangkan air secukupnya macam masak nasi putih biasa.

3. Masukkan sos tomato & garam.

4. Dalam kuali, tumis semua bahan tumis hingga mentega cair.

5. Tuang bahan tumis tadi ke dalam rice cooker.

6. Kacau beras agar sebati dengan kesemua bahan yang telah dicampurkan tadi.

7. Masak nasi macam biasa, sesekali kacau agar rata.

8. Setelah nasi masak, bolehlah dihidangkan bersama ayam masak merah.

Taburkan bawang goreng di atas nasi untuk rasa yang lebih enak. ;-)

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.