Sup Tomyam Steamboat

Sori la, amek gambo dlm periuk jer...hehe

Semalam gi supermarket, kami borong la bebola sotong, udang & ikan untuk buat steamboat. Berkampit2 tangan ni capai & masukkan dalam troli. Gaya macam nak niaga pun hada…haih. Bila dah sampai umah, kelam kabut sebab freezer tu penuh ya hamat! Hamekaw. Mana nak letak ayam, sosej, drummet, burger & ntah segala hapa yang sedap dikaut semalam kan… Padan la muka saya. Oleh itu, saya decided utk men’clear’kan cepat2 bebola2 tu. Maka itu, dinner steamboat la kami.

Bahan isi tu pilih jer kat supermarket. Macam2 adaaaaa....

Hubby kata sup yang saya sediakan tu sedap. Rasa macam kat restoran. Yer ker? Hehe…tapi licin jugak la semuanya masuk dalam perut kami. Ada separuh lagi yang masih mentah dalam freezer tu. Bleh la belasah lain kali plak. Apalagi, cuba la ek. Owh yer, ni resepi sup jer ek. Untuk sos cicah, saya tak khatam lagi. Hehe…Next entry la nampaknyer…

Sebahagian keciiiiiiiikkkkk yg dlm pinggan saya. Hehe

Bahan-bahan

1.5 liter air

1 biji bawang merah (ditumbuk)

3 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 inci hali (ditumbuk)

1 batang serai (diketuk)

3 sudu minyak masak

2 ketul kiub tomyam maggi (tambah jika suka sedikit pedas)

Tulang ayam (saya guna leher ayam jer)

Garam

 

Bahan isi : (ikut pilihan masing2)

Bebola ikan/sotong/udang/ketam

Sotong/udang/ayam/hotdog

Sawi/cendawan

Telur ayam

 

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk hingga garing.

2. Masukkan air, serai & tulang ayam.

3. Kemudian masukkan kiub tomyam. Setelah mendidih, perisakan dengan garam.

4. Celur bahan isi selama lebih kurang 4-5 minit (tempoh celur bergantung kpd bahan).

5. Bolehlah dinikmati bersama sos cili atau sos pencicah.

Guna periuk khas steamboat untuk ‘mood’ makan yang lebih feel… 8) 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.